| 1. | Bagaimanakah caranya untuk mengikuti kursus yang di adakan oleh MARDI dan siapakah yang layak untuk mengikuti kursus tersebut? Kursus adalah terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk memohon sila layari laman web (www.mardi.my) untuk memuat turun borang permohonan tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi: Pengarah Pusat Perkhidmatan Teknikal Ibu Pejabat MARDI Peti Surat 12301 Pejabat Pos Besar 50774 Kuala Lumpur (u.p. : Program Kursus dan Latihan Teknikal) Tel : 03-8943 7884 Faks : 03-8948 2216 |
| 2. | Apakah prosedur yang harus saya ikuti untuk menjalani Latihan Industri di MARDI? Untuk menjalani latihan industri di MARDI, permohonan secara bertulis hendaklah dibuat melalui pensyarah, ketua jabatan atau dekan kepada: Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MARDI Peti Surat 12301 Pejabat Pos Besar 50774 Kuala Lumpur (u.p. : Timbalan Pengarah, Program Latihan & Kompentensi) |
3. | Adakah terdapat penyelidikan kursus berkenaan minyak kelapa dara di MARDI? Di MARDI kajian ke atas minyak kelapa dara (VCO) dijalankan oleh Dr. Kamariah Long dan banyak tertumpu kepada penjagaan kulit. Beliau boleh dihubungi di talian 03-8943 7732 atau e-mel ke amai@mardi.my |
4. | Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan senarai bahan penerbitan MARDI yang ditawarkan untuk dijual? Katalog penerbitan kami boleh dikirimkan mengikut permintaan. Sebahagian senarai bahan penerbitan ada dipaparkan secara bergambar di laman web kami di bawah tajuk ‘Penerbitan Untuk Dijual’. Untuk mendapat senarai penuh sila pohon katalog penerbitan dan alamatkan permohonan kepada : Unit Promosi dan Jualan Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI Peti Surat 12301 50774 Kuala Lumpur Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Zaini Johan di talian 03-8943 7128 atau e-mel ke booksale@mardi.my. |
6. | Apakah variati terbaru ubi keledek yang telah diisytiharkan oleh MARDI? MARDI telah mengisytiharkan empat variati ubi keledek iaitu : - Gendut: Variati makanan yang sedap bila direbus atau dikukus dan boleh dibuat 'fries' atau jejari yang sekarang ini dibuat dari ubi kentang.
- Jalomas dan Telong Variati pemprosesan, lebih sesuai untuk dibuat tepung. Tepung kemudian boleh diguna untuk produk reroti (bakery) dan sebagainya. Jalomas juga mengandungi karotena kerana warna isinya sedikit oren.
- Vitato: Variati yang kaya dengan karotena (Warna isi oren) dan sesuai dimakan atau diproses menjadi produk makanan dan minuman.
|
7. | Bagaimanakah saya boleh perolehi maklumat tentang serai wangi? Untuk makluman pihak tuan, maklumat mengenai serai wangi dan beberapa jenis herba ubatan yang utama ada diterbitkan oleh MARDI melalui buku bertajuk ‘Penanaman Tumbuhan Ubatan Dan Beraroma’. Buku tersebut boleh di perolehi dari kedai buku MARDI di:- Ibu Pejabat MARDI, Serdang Tel: 03-8943 7128 |