Penafian Khamis, 17 05 2012 bersamaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg

Pinjaman Bahan

Pinjaman Bahan Koleksi Am dan Terbitan MARDI

  • Setiap ahli Pusat Ilmu berhak untuk meminjam bahan dari Koleksi Am untuk jangka masa  4 minggu. Pinjaman hendaklah dibuat di Kaunter Sirkulasi Pusat Ilmu.
  • Setiap pengguna adalah bertangggungjawab sepenuhnya ke atas bahan-bahan yang dipinjam.
  • Pembaharuan pinjaman boleh dibuat dengan menelefon kaunter Pusat Sumber 3 hari sebelum tarikh pemulangan bahan. Pengguna dibenarkan membuat sekali sahaja pembaharuan pinjaman.
  • Pengguna yang tidak memulangkan bahan pada tarikh pemulangan akan dikenakan DENDA lewat, dengan kadar RM1.00 sehari bagi setiap buku.
  • Pengguna yang didapati masih belum memulangkan bahan dalam masa sebulan dari tarikh pemulangan akan dikira sebagai telah menghilangkan bahan yang dipinjam. Dengan ini dia akan dikenakan denda pada kadar 2 kali dari harga asal atau RM 50.00 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pinjaman Bahan Layanan Terhad

  • Kemudahan ini hanya disediakan untuk semua kakitangan kumpulan A dan B sahaja.
  • Bahan-bahan yang termasuk dalam perkhidmatan ini terdiri daripada Koleksi Am, Peperiksaan dan Koleksi MARDI.
  • Jangkamasa pinjaman bahan-bahan ini ialah mengikut waktu pinjaman seperti berikut :-
    • Waktu pinjaman jam 3.00 petang ( Isnin hingga Jumaat).
    • Waktu pemulangan sebelum/ pada Jam 10.00 pagi hari berikutnya atau hari Isnin.
    • Pengguna yang lewat memulangkan bahan akan dikenakan denda sebanyak RM 0.20 bagi setiap jam berikutnya.
 

Pinjaman Antara Perpustakaan

  • Perkhidmatan ini terbuka kepada semua ahli Pusat Sumber MARDI
  • Melalui perkhidmatan ini ahli boleh membuat pinjaman bahan atau mendapatkan majalah dari mana-mana perpustakaan sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
  • Permohonan perlu dibuat bagi mendapatkan perkhidmatan ini dengan mengisi Borang Permohonan Bahan/ Maklumat  dalam dua salinan.

 

Pinjaman Ahli Bersekutu

  • Pegawai Kerajaan dan Pegawai Swasta  - 2 buah buku (Koleksi Am dan Terbitan MARDI untuk 2 minggu)