Penafian Khamis, 17 05 2012 bersamaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg

Skop Perkhidmatan

 

Penganjuran persidangan dan pameran untuk mempromosi teknologi MARDI yang berpotensi di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

Bidang Kami
Penganjuran acara untuk MARDI dalam bidang-bidang teras utama MARDI iaitu:
  • Industri Asas Tani
  • Agro-Bioteknologi
  • Pertanian Lestari dan Mesra Alam
  • Ternakan
  • Kejuruteraan Bio dan Infrastruktur
  • Pemprosesan Makanan
  • Herba
  • Tanaman Ladang
  • Padi
  • Tanaman Berpotensi
  • Hortikultur
  • Mekanisasi Pertanian
Perkhidmatan Ditawarkan
Perkhidmatan yang kami tawarkan merangkumi pengurusan dan pentadbiran acara persidangan dan pameran dengan menitik berat pengurusan kewangan dan kos efektif. Kami menawarkan perkhidmatan kepada MARDI sebagai:
  • Pengurus acara
    Menguruskan acara dengan bayaran yang telah ditetapkan dan peraturan jualan dikira atas nilai kontrak kasar.
  • Penganjur bersama
    Mencapai persetujuan usaha sama dengan pelanggan dan akan bersama-sama bertanggungjawab terhadap semua aspek pengurusan dan kewangan
  • Penganjur
    Program Persidangan dan Pameran akan mengendalikan semua aspek pengurusandan kewangan

Dimanakah kami dalam turutan kerja anda?

a. Sebelum acara - Pembangunan acara

Perkhidmatan kami bermula sebelum acara berlangsung. Kami bertindak sebagai pengurus acara dari semua aspek penganjuran acara iaitu pengurusan mesyuarat jawatankuasa protem, mesyuarat jawatankuasa induk, tempat acara, kewangan dan bajet, perancangan strategik pemasaran, pembangunan laman web, penghasilan dan reka bentuk risalah pengumuman bahan cetak dan proses pendaftaran.

Antara aspek yang dilaksanakan:

  • Perancangan professional dan program acara
  • Promosi dan edaran pengumuman
  • Pra-pendaftaran
  • Pengurusan kemudahan
  • Koordinasi keperluan struktur pameran

b. Semasa acara – Perkhidmatan dan Perhubungan di tempat acara

Semasa acara berlangsung pada tarikh yang ditetapkan, kami menguruskan pendaftaran, majlis perasmian, keperluan peralatan audio visual semasa pembentangan, pengacara majlis, urusan F&B/fasiliti tempat acara dan komunikasi kepada peserta persidangan.

  • Pengurusan logistik
  • Pengurusan fasiliti/tempat acara
  • Pendaftaran

c. Semasa acara - Penutup

Semasa acara berlangsung kami bertanggungjawab menguruskan mesyuarat post mortem dan penyediaan buku prosiding dan bahan edaran lain yang berkaitan.

  • Kemaskini bajet & tuntutan bayaran
  • Penyediaan bahan cetak
  • Komunikasi selepas acara kepada peserta terlibat
  • Sijil penyertaan

Persidangan dan Pameran yang pernah dianjurkan:

  • Persidangan Antarabangsa Pemakanan Ternakan
  • Regional Conference On Biosensor & Biodiagnostics
  • Developing Eight (D8) Ministers’ Meeting on Food Security 2009
  • MARDI Expert Consultation On Agricultural Biotechnology For Promoting Food Security In Developing Countries (APAARI)
  • Hari Makanan Sedunia 2008
  • Perhimpunan Warga Tani Bersama PM
  • Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA)
  • Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)