Penafian Khamis, 17 05 2012 bersamaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg

Skop Perkhidmatan

 

Makmal teknologi pemprosesan makanan yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan berskala kecil di mana usahawan akan mendapat bimbingan dan latihan dari segi pembangunan produk dan teknologi terkini MARDI.

Sistem ”Test Bed” teknologi MARDI merupakan salah satu dari khidmat sokongan yang disediakan oleh MARDI dalam membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) pemprosesan makanan negara berasaskan 13 kluster produk makanan.

Sistem ”Test Bed” ini akan dapat membantu usahawan dalam program bimbingan dan skim anak angkat MARDI mencuba teknologi terkini melalui penggunaan mesin dan peralatan moden yang disediakan bagi memenuhi hasrat mereka untuk membangun dan mengeluarkan produk-produk baru bagi tujuan ujian pasaran. Usahawan juga didedahkan kepada sistem ”production line” yang lengkap bagi sesuatu produk makanan.

”Test Bed” ini akan dapat memastikan supaya usahawan akan bersedia dari aspek pengalaman praktikal dalam teknologi pengeluaran, pembungkusan, jaminan mutu, kos pengeluaran dan juga pemasaran sesuatu produk makanan sebelum mempelbagaikan pengeluaran atau membangunkan kilang sendiri.

Tujuan

  • Menyediakan kemudahan latihan praktikal kepada usahawan bimbingan MARDI dan lain-lain.
  •  
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan terpilih dalam menggunakan sistem dan teknologi pengeluaran terkini untuk pengeluaran produk-produk sedia ada dan produk-produk baru untuk ujian pasaran.
  •  
  • Meningkat dan menjamin mutu produk sedia ada dan yang baru yang dibangunkan oleh usahawan berkenaan.
  •  
  • Menyokong program latihan anjuran MARDI dan juga latihan anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  •  
  • Menggalakkan pegawai penyelidik untuk menggunakan kemudahan test bed bagi menguji produk-produk baru untuk tujuan peningkatan skala.

Mukasurat: 1  2