| Penafian | Khamis, 17 05 2012 bersamaan | | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman |
| | ||||||
Soalan Lazim1. Apakah kursus/ latihan yang ditawarkan MARDI? Siapakah yang layak untuk memohon kursus tersebut, dan bagaimanakah caranya? Jawapan: MARDI menawarkan kursus yang berkaitan dengan pertanian, iaitu kursus yang berteraskan teknologi makanan, ternakan, tanaman dan teknologi lanjutan. Kursus adalah terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas. Permohonan boleh dibuat secara online di Portal MARDI (http://elearn.mardi.gov.my/kursus). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi: Pengarah Pusat Perkhidmatan Teknikal Ibu Pejabat MARDI Peti Surat 12301 50774 Kuala Lumpur (u.p. Timbalan Pengarah, Program Kursus dan Latihan Teknikal) Tel: 03-8943 7888/ 7238/ 7221 Faks: 03-8948 2216 E-mel: elatihan@mardi.gov.my 2. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bagi menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI? Jawapan: Untuk menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI, permohonan secara bertulis hendaklah dibuat melalui pensyarah, ketua jabatan atau dekan kepada: Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MARDI Ibu Pejabat MARDI Peti Surat 12301 50774 Kuala Lumpur (u.p. Timbalan Pengarah, Program Latihan & Kompetensi) 3. Saya ingin membeli buku terbitan MARDI. Bagaimanakah boleh saya dapatkan senarai terbitan terkini yang dijual dan siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkannya? Jawapan: Senarai terbitan MARDI boleh diperolehi dengan melayari laman kedai buku MARDI (http://ebookshop.mardi.gov.my/main.php) yang turut menawarkan khidmat jual beli secara online. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Pengarah Pusat Perkhidmatan Teknikal Ibu Pejabat MARDI Peti Surat 12301 50774 Kuala Lumpur (u.p. Mohamed Yusof Mohamed Amin, Program Percetakan & Penerbitan) Tel: 03-8943 7128 Faks: 03-8948 7630 4. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan makanan? Jawapan: Untuk mendapatkan khidmat nasihat, anda boleh menulis surat atau datang ke pejabat kami di Ibu Pejabat MARDI Serdang untuk berbincang dengan pegawai kami. Alamat surat menyurat adalah seperti berikut: Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi Ibu Pejabat MARDI Peti Surat 12301 50774 Kuala Lumpur (u.p. Timbalan Pengarah, Program Pembangunan Usahawan) Tel: 03-8943 7255/ 7715 Fax: 03-8943 7137 5. Adakah MARDI menyediakan kemudahan menganalisis sampel makanan? Siapakah yang boleh saya hubungi untuk menghantar sampel tersebut untuk dianalisis? Jawapan: MARDI ada menyediakan perkhidmatan analisis bagi sampel makanan dan pertanian. Makmal analisis terdiri daripada Makmal Analisis Kimia Pertanian, Makmal Analisis Kimia Makanan dan Makmal Analisis Mikrobiologi Makanan. Sebarang pertanyaan berkaitan analisis sampel boleh dialamatkan kepada: Pengarah Pusat Perkhdimatan Teknikal Ibu Pejabat MARDI Peti Surat 12301 50774 Kuala Lumpur (u.p. Timbalan Pengarah, Program Makmal Analisis Makanan & Pertanian) Tel: 03-8941 8067/ 8943 7383 Faks: 03-8945 1408
6. Bagaimanakah MARDI dapat membantu bakal usahawan atau usahawan yang sedia ada? Jawapan: Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi mempunyai pelbagai program untuk membantu bakal usahawan dan usahawan yang sedia ada melalui program seperti: i. Khidmat sokongan: Khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan teknologi di samping latihan sangkut dalam teknologi pemprosesan makanan. Bagi latihan sangkut bayaran yang minimum dikenakan. ii. Khidmat bimbingan: Memberi bimbingan dalam pelbagai bidang dengan objektif utama ialah membangunkan usahawan berasaskan teknologi yang mempunyai daya saing. iii. Usahawan Anak Angkat MARDI: Usahawan akan diberi bimbingan secara menyeluruh bukan sahaja dari segi teknologi bahkan dalam bidang perniagaan bersama dengan agensi lain yang berkaitan seperti SMIDEC, MARA, SME Bank dan lain-lain lagi. | ||||||